suria

Sambutan Hari Peladang 2011 Di Perak Disember Depan

KUALA TERENGGANU: Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2011 akan diadakan di Perak pada Disember ini.

Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Datuk Zainal Dahalan berkata bagaimanapun tarikh sebenar sambutan itu belum ditetapkan.

"Kita jangka sambutan tahun ini lebih hebat dan menarik daripada tahun-tahun sebelumnya," katanya kepada pemberita disini.

Beliau berkata antara pengisian sambutan hari peladang tahun ini ialah konvensyen peladang, anugerah kepada peladang, penternak dan nelayan serta peladang jaya.

Zainal menjangka lebih 10,000 orang akan mengunjungi sambutan hari peladang itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain