suria

BERITA-BERITA TERPILIH SEHINGGA JAM 6 PETANG AHAD

BERIKUT adalah berita-berita utama sehingga jam 6 petang Ahad, 25 September:

1. KUALA LUMPUR: Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia yang bercadang melawat Yemen agar menangguhkan perjalanan mereka sehingga keadaan keselamatan di negara itu pulih seperti biasa.

2. GEORGE TOWN: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau berbangga dengan peranan dan sumbangan kaum Cina di negara ini dalam menjadikan pendidikan lebih baik di Malaysia.

3. GEORGE TOWN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyertai kira-kira 5,000 pelajar sekolah mengayuh basikal sejauh tujuh kilometer dalam program Kayuhan Amal 1Malaysia Untuk Pelajaran di Straits Quay, Tanjong Tokong di sini.

4. KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia mengalu-ngalukan sokongan kuat pengumuman Presiden Mahmoud Abbas pada Jumaat untuk keanggotaan penuh Palestin di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

5. KUCHING: Perhimpunan Agung Tiga tahun sekali (TGA) Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang sepatutnya diadakan pada hari ini, terpaksa ditangguhkan atas masalah teknikal, kata Presidennya Edwin Dundang

6. KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memberi peluang terakhir sehingga esok kepada persatuan sukan kebangsaan untuk menghantar senarai nama atlet dan pegawai mereka yang akan menyertai kontinjen negara ke Sukan SEA KE-26 di Indonesia dari 11 hingga 22 Nov ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain