suria

Lapan Insentif Bangunkan Kawasan Luar Bandar

IPOH: Lapan inisiatif sedang dilaksanakan pelbagai kementerian dengan agensi berkaitan bagi membangunkan kawasan luar bandar iaitu program bersepadu strategi Lautan Biru Kebangsaan 4 (NBOS4), kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata inisiatif berkenaan membabitkan latihan kemahiran kepada penduduk luar bandar, penubuhan kios informasi 1Malaysia, pertanian bernilai tinggi, pemprosesan produk agro makanan, pengurusan rantaian bekalan hasil makanan, kerjasama universiti, perkhidmatan keselamatan makanan dan farmaseutikal serta kemudahan pembiayaan kewangan kepada penduduk luar bandar.

Katanya di peringkat awal, pelaksanaan Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTP) Terminal Agribisness Negara (TEMAN) di Gopeng akan menjadi projek perintis dan dikenali sebagai Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC).

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani merupakan kementerian utama yang akan menerajui pelaksanaan program-program di bawah RTC di samping beberapa kementerian lain seperti Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kewangan.

"Kerajaan berharap pelaksanaan program berkenaan dapat menjadikan masyarakat luar bandar lebih berdaya maju dan berdaya saing serta berupaya meningkatkan kualiti dan kuantiti produk mereka," katanya kepada pemberita selepas melawat Teman di sini, Sabtu. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain