suria

Suspek Rompak Pengurup Wang Bukan Berpangkat Datuk

SHAH ALAM: Polis menafikan dakwaan bahawa salah seorang daripada tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang disyaki merompak satu premis pengurup wang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini adalah seorang yang berpangkat Datuk.

Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah berkata, ketiga-tiga suspek merupakan pegawai kanan dengan seorang berpangkat Penolong Pesuruhjaya.

"Mangsa dirompak di bangunan satelit KLIA, yang memerlukan pas masuk untuk seseorang itu masuk atau keluar. Tidak semua orang mempunyai akses.

"Siasatan kami akan mengkaji bagaimana suspek boleh memasuki bangunan. Beri kami siasat dan cari bukti, termasuk di mana wang itu disembunyikan," katanya kepada pemberita, Khamis.

"Ketiga-tiga suspek dikatakan bekerja di bahagian operasi khas Putrajaya didakwa merompak wang berjumlah RM900,000 daripada sebuah premis pengurup wang pada 15 September baru-baru ini.

Tun Hisan berkata, polis juga telah mengambil kenyataan 15 orang saksi dan mencari dua lagi suspek orang awam yang dipercayai terbabit dalam kes tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain