suria

Pemandu Sempat Selamat Diri Sebelum Kereta Terbakar

Kereta Lamborghini berasap sebelum terbakar di Jalan Beringin, Bukit Damansara di Kuala Lumpur pagi tadi.

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu nyaris maut apabila kereta Lamborghini miliknya berasap sebelum terbakar di Jalan Beringin, Bukit Damansara di sini pagi tadi.

Dia yang berusia dalam lingkungan 30-an sempat memberhentikan keretanya di tepi jalan sebaik menyedari keretanya berasap di bahagian belakang.

Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Hartamas, Shahrul Azizi berkata pihaknya menerima panggilan daripada mangsa kira-kira 11.50 pagi mengenai kejadian itu dan tiba tujuh minit kemudian.

Beliau berkata sebuah jentera beserta tujuh anggota dikejarkan ke tempat kejadian dan mendapati kira-kira 50 peratus daripada kereta itu sedang terbakar.

Anggota bomba mengambil masa hanya beberapa minit untuk memadam api, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain