Benarkan Hudud Jika Rakyat Mahu Tapi Mestilah Dengan Persetujuan PR - Khalid Samad - Semasa | mStar

Benarkan Hudud Jika Rakyat Mahu Tapi Mestilah Dengan Persetujuan PR - Khalid Samad

KLANG: PAS Selangor menggesa Kerajaan Persekutuan untuk menyokong pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan dan Terengganu jika itu adalah hasrat rakyat di kedua-dua negeri berkenaan.

Timbalan Pesuruhjayanya, Khalid Samad berkata, jika satu referendum mengenai perkara itu diadakan dan keputusan menunjukkan bahawa rakyat menyokong, maka ia harus dilaksanakan.

Bagaimanapun pada masa yang sama, beliau juga berkata, PAS tidak akan meneruskan niat untuk melaksanakan undang-undang itu tanpa persetujuan daripada DAP dan PKR.

Namun begitu, kedua-dua parti tersebut juga perlu memahami hasrat rakyat.

"PAS adalah sebuah parti Islam dan pelaksanaan hudud akan sentiasa menjadi topik yang sering dibahaskan.

"Tetapi ia bukanlah sesuatu yang kita akan laksanakan tanpa persetujuan rakan-rakan kami dalam Pakatan Rakyat," kata Ahli Parlimen Shah Alam itu.

Mengenai kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat bahawa Kelantan akan meneruskan rancangan untuk menubuhkan sebuah negara Islam, sama ada menerima sokongan rakan-rakan gabungan ataupun tidak, Khalid berkata, pemimpin itu mungkin telah membuat satu kenyataan umum yang disalah tafsir oleh media.

"Saya tidak begitu tahu bagaimana cara beliau berkata mengenainya namun dia sememangnya berkata bahawa Kelantan tidak dapat melaksanakan hukum hudud kerana bantahan daripada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Jika Perdana Menteri sekarang tidak menarik balik surat itu, maka surat Dr Mahathir masih diguna pakai kerana ia telah dihantar dalam kapasiti beliau sebagai Perdana Menteri," katanya.

Dalam pada itu, Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, hukum hudud bukanlah satu isu kerana ia tidak boleh dilaksanakan tanpa pindaan Perlembagaan Persekutuan.

"Undang-undang hudud boleh digubal tetapi ia tidak boleh dikuatkuasakan. Hal ini kerana perlembagaan negeri tidak boleh mengatasi Perlembagaan Persekutuan," kata Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor itu.

Beliau berkata, walaupun mungkin PAS dan Umno mempunyai undang-undang hudud dalam agenda mereka, mereka tidak boleh meneruskannya tanpa persetujuan parti lain dalam gabungan masing-masing.

"PAS mahu tetapi mereka tidak mampu untuk menguatkuasakannya, manakala UMNO mahu tetapi bukan sekarang," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain