suria

Bajet 2012: Awang Tengah Yakin Peruntukan Tumpu Pembangunan Infrastruktur Sarawak

KUCHING: Menteri Kemudahan Awam Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yakin peruntukan kepada Sarawak dalam Bajet kerajaan persekutuan bagi tahun 2012 yang akan dibentang bulan depan akan menumpukan kepada pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas lain di negeri itu.

Beliau berkata ia akan membolehkan kerajaan negeri melaksanakan program pembangunan yang telah dirancang terutamanya pembinaan jalan raya serta bekalan elektrik dan air luar bandar.

"Sarawak masih jauh ketinggalan dalam pembangunan ini jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain kerana faktor keluasannya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah tamah Aidilfitri Merdeka Raya anjuran Jabatan Penerangan SArawak di sini, Khamis.

Awang Tengah berkata lebih 90 peratus kawasan disasarkan mendapat kemudahan elektrik dan bekalan air bersih. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain