suria

Pemuda PAS Mahu Suruhanjaya Diraja Siasat Isu Kad Pengenalan

PUTRAJAYA: Dewan Pemuda PAS Pusat mendesak kerajaan menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat dakwaan penyelewengan pengeluaran kad pengenalan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi mendakwa, dua isu utama membabitkan JPN ialah berkaitan penggunaan kod negara '71' serta pengeluaran kad pengenalan palsu seperti yang dikesan dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Berdasarkan semakan di lawan web rasmi JPN, tiada kod '71' disenaraikan sebagai kod rasminya.

"Oleh itu Pemuda PAS menganggap bahawa kod '71' adalah satu kod warganegara yang tidak diketahui nagara asal kelahirannya," katanya di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan memorandum kepada JPN bagi mendesak penubuhan suruhanjaya berkenaan.

Memorandum tersebut diterima oleh Timbalan Pengarah JPN, Zulkifli Rahmat.

[BERITA LANJUT SELEPAS INI]

Artikel Lain