suria

Najib, Muhyiddin Sertai 4,000 Kakitangan Pada Majlis Hari Raya JPM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu menyertai 4,000 kakitangan Jabatan Perdana Menteri pada majlis sambutan Aidilfitri JPM di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.

Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Beberapa menteri kabinet, timbalan-timbalan menteri dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, hadir sama pada majlis berkenaan.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut melawat gerai-gerai makanan yang mewakili 14 negeri di Malaysia.

Najib turut menyampaikan sumbangan kepada anak-anak kakitangan JPM yang mencatat keputusan cemerlang pada Sijil Pelajaran Malaysia 2010. - BERNAMA

Artikel Lain