suria

PM Dijangka Umum Perkara Penting Di Karnival Usahawan Desa

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan membuat beberapa pengumuman penting sempena Karnival Usahawan Desa 1Malaysia.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pengumuman itu dijangka dibuat pada majlis perasmian karnival tersebut, yang juga akan dirasmikan Perdana Menteri pada 22 September depan.

Pada majlis itu katanya Perdana Menteri turut dijadual menyampaikan anugerah Usahawan Cemerlang dan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa.

"Tahun ini kita menerima penyertaan paling banyak dan ada penyertaan yang terpaksa ditolak memandangkan tapak karnival cuma mampu menampung 500 peserta sahaja," katanya kepada pemberita selepas Majlis Jamuan Hari Raya kementerian di sini, hari ini.

Karnival lima hari bermula Rabu depan itu bertempat di Laman 1Malaysia Presint 2, di sini, bermula 10 pagi hingga 10 malam, diserikan dengan permainan rakyat seperti gasing dan wau, pertandingan memasak, pertandingan gubahan bunga dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain