suria

PM Dijangka Buat Satu Lagi Pengumuman Penting?

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membuat beberapa pengumuman penting sempena Karnival Usahawan Desa 1Malaysia.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pengumuman itu dijangka dibuat pada majlis perasmian karnival tersebut pada 22 September ini.

Pada majlis itu katanya, Perdana Menteri turut dijadual menyampaikan anugerah Usahawan Cemerlang dan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa.

"Tahun ini kita menerima penyertaan paling banyak dan ada penyertaan yang terpaksa ditolak memandangkan tapak karnival cuma mampu menampung 500 peserta sahaja," katanya kepada pemberita selepas Majlis Jamuan Hari Raya kementerian di sini, di sini.

Karnival lima hari itu akan bermula Rabu depan bertempat di Laman 1Malaysia Presint 2, di sini, dari jam 10 pagi hingga 10 malam, diserikan dengan permainan rakyat seperti gasing dan wau. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain