suria

Kes Saman Mahfuz Ditetapkan 4 Oktober

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, pada Isnin menetapkan 4 Oktober untuk sebutan kes saman Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar terhadap polis dan kerajaan Malaysia atas dakwaan menangkap dan menahannya secara salah ketika perhimpunan haram 9 Julai lepas.

Hakim Harminder Singh Dhaliwal menetapkan tarikh itu selepas mengadakan perjumpaan dengan Peguam Kanan Persekutuan Iznan Izhak bagi empat defendan dan peguam Muhammad Faiz Datuk Fadzil yang mewakili Mahfuz, di dalam kamar.

Mahfuz yang merupakan Anggota Parlimen Pokok Sena, Kedah, memfailkan saman itu pada 8 Ogos lalu dengan menamakan pegawai tangkapan Insp Mohd Zaid Madzizat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, Ketua Polis Brickfields, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga keempat.

Dalam tuntutan itu, Mahfuz mendakwa penahanan oleh polis di KL Sentral pada 11.50 pagi, 9 Julai lalu adalah salah, tidak sah dan menyalahi undang-undang serta bersifat mala fide.

Beliau mendakwa lokasi kejadian (KL Sentral) bukan kawasan larangan yang dinyatakan dalam perintah Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang dikeluarkan 6 Julai lalu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain