suria

Hantar SMS Kurang Sopan: Penganggur Didenda RM100

KUALA LUMPUR: Gara-gara menghantar SMS (Khidmat Pesanan Ringkas) kurang sopan kepada seorang wanita berusia 23 tahun, seorang penganggur dikenakan denda RM100 oleh Mahkamah Majistret di sini,Isnin. Majistret Hafizza Sauzi menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Khir Baharuddin, 45, dari Kampung Segambut Tengah, di sini, selepas dia mengaku bersalah menghantar tiga SMS kurang sopan kepada wanita itu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Blok 37-01-15 Perumahan Awam Seri Johor, Cheras, di sini, kira-kira pukul 9.30 pagi, 8 September lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang membawa kepada hukuman denda maksimum RM100.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Mawarni Abd Halim memohon hukuman yang setimpal untuk memberi pengajaran kepada tertuduh supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam, tidak mengemukakan sebarang rayuan. Tertuduh menjelaskan denda berkenaan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain