Pemansuhan ISA Jadikan Malaysia Negara Demokrasi Terbaik Dunia - Semasa | mStar

Pemansuhan ISA Jadikan Malaysia Negara Demokrasi Terbaik Dunia

PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah satu usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi terbaik di dunia.

Najib berkata, langkah tersebut dilihat dapat dilaksanakan kerana kejayaan pembangunan negara, sikap rakyat yang semakin matang serta peningkatan kesedaran masyarakat terhadap hak asasi manusia.

"Ini bukan desakan mana-mana pihak tetapi jasa dan budi kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah diperjuangkan selama ini," katanya ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di sini, Ahad.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Kira-kira 50,000 orang hadir bagi memeriahkan majlis berkenaan.

Najib berkata, cadangan berkenaan adalah sebagai satu transformasi politik negara dalam perihal menjaga hak asasi manusia.

"Sudah sampai masa kita melangkah satu lagi ke hadapan membawa negara (ke tahap) begitu tinggi bukan sahaja dari segi ekonomi serta pendidikan tetapi pegangan prinsip demokrasi kita nak letak antara terbaik di dunia," katanya.

Beliau berkata, kerajaan BN akan meneruskan pembelaan dalam semua aspek bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

"Kita negara moden dan progresif, kita tak lupa mereka yang menyokong kita, di luar bandar dan bandar yang perlu diberi perhatian apa yang dikehendaki rakyat, tekanan dan masalah kehidupan kita akan teruskan (pembelaan)," katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata keunikan negara Malaysia perlulah dijaga dan dipupuk dengan rasa muhibah selaras dengan pembangunan negara.

Katanya, dengan itu rakyat dapat menyambut pelbagai perayaan dalam suasana harmoni tanpa rasa bimbang dan takut. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain