Lelaki Maut Motosikal Terbabas Di Jambatan Pulau Pinang - Semasa | mStar

Lelaki Maut Motosikal Terbabas Di Jambatan Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Kilometer 6.9 Jambatan Pulau Pinang menghala Butterworth, pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Timut Laut ACP Gan Kong Meng berkata kejadian pada kira-kira pukul 6 pagi itu menyebabkan S. Sathees, 22, dari Taman Bukit Jambul, di sini, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

"Akibat kejadian dia dan motosikalnya terseret kira-kira 31 meter sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan parah di bahagian kepala," katanya ketika dihubungi di sini, Jumaat.

Beliau berkata, mayat Sathees dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat, dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Difahamkan lelaki itu baru pulang meraikan sambutan hari lahirnya pada Jumaat bersama rakan-rakannya di George Town sebelum terlibat dalam kemalangan itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain

Bapa Wan Azizah meninggal dunia