suria

Senarai Berita-Berita Utama Khamis

BERIKUT adalah berita-berita utama sepanjang hari ini, Khamis, 15 September:

MUAR: Kerajaan tidak pernah meminggirkan pembangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di negara ini, malah ia sentiasa memberi bantuan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. SHAH ALAM: Kes berkaitan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) akan disebut di Mahkamah Syariah Shah Alam di sini pada 19 Okt depan.

SHAH ALAM: Ahli politik tidak lagi diberi tauliah untuk berceramah di semua 2,081 surau dan 380 masjid di seluruh Selangor, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Marzuki Hussin. KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia dan Indonesia perlu bersama-sama memastikan budaya dan sejarah tamadun yang menjadi elemen penyatuan dua negara itu terus dipelihara, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

KUALA LUMPUR: Multimedia Displays (MMD), syarikat pengeluar monitor jenama Philips, pada Khamis melancarkan dua produk baharu, monitor komputer 'E-line' dan 'V-line', yang akan berada dalam pasaran Malaysia akhir bulan ini.

KUALA LUMPUR: Pasukan perlindungan khas (PPK) Bunga Mas 5 dari Malaysia berjaya mematahkan satu cubaan dipercayai untuk merampas sebuah kapal dagang milik Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) di perairan Yemen empat hari lepas.

PUTRAJAYA: Kes penipuan bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy berkaitan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan watikah kepada Institut Juruukur Malaysia (ISM) berikutan pengurniaan status diraja kepada institusi berkenaan pada 28 Mac lepas. Institut itu kini dikenali sebagai Institut Juruukur Diraja Malaysia (RISM).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain