suria

Jurukimpal Dituduh Bunuh Bekas Isteri

KUANTAN: Seorang jurukimpal dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini Khamis atas tuduhan membunuh bekas isterinya pada akhir bulan lepas.

Mohd Anis Abdul Rahim, 30, dituduh membunuh Hazlinda Mamat, 20, di tempat perkelahan Sungai Terpai di Sungai Lembing di sini pada 31 Ogos kira-kira 3 pagi hingga 2.30 petang 1 Sept lepas.

Tertuduh yang berasal dari Kampung Tiram di sini didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Mohd Anis yang mempunyai seorang anak hasil perkahwinan dengan mangsa mengangguk faham selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nordiana Abdul Aziz, bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Cif Insp Mohd Azman Arifin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain