suria

Perbualan Telefon: Mat Sabu Mengaku Tidak Mengenali Normah

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengakui tidak mengenali Normah Abdul Halim, iaitu individu yang didakwa sebagai wanita dalam perbualan telefon berunsur seks dengannya di laman YouTube.

Enggan mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilkan Mat Sabu beberapa kali menyatakan bahawa beliau tidak mengetahui mengenai rakaman telefon berkenaan.

"Saya tak tau dan saya tak pernah dengar...saya tak tau.

"Saya tak kenal (wanita berkenaan)," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, Rabu.

Tanpa menafikan mengenai kesahihan rakaman suara berkenaan, Mohamad juga menyatakan bahawa beliau tidak pernah menonton atau mendengar klip berkenaan yang tersebar menerusi laman YouTube.

"Saya tak tau...video-video ini (berunsur lucah) saya tak tengok," katanya.

Diasak dengan soalan sama ada beliau akan terus berdiam diri tanpa menjawab mengenai tuduhan berkenaan, beliau berkata: "Saya memang tidak akan jawab."

Sebelum ini Mohamad dan Normah pernah hadapi tuduhan berkhalwat di bilik 121 Hotel Perdana, Kota Baru Kelantan.

Bagaimanapun kedua-duanya dibebaskan oleh mahkamah daripada tuduhan tersebut kerana kekurangan bukti.

Normah pada masa itu berstatus isteri orang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain