suria

Penemuan Mayat Di Bentong: Polis Tahan Seorang Lelaki

KUANTAN: Polis menahan seorang lelaki berusia 40 tahun bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang wanita warga emas di rumahnya di Taman Bumi Cemerlang, Ketari, Bentong pada Selasa.

Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Abd Ghani berkata lelaki berkenaan ditahan di Bentong; tanpa mendedahkan masa dan lokasi dia ditahan.

"Motif kejadian masih dalam siasatan dan berdasarkan bedah siasat, mangsa maut akibat lemas," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Dalam kejadian pada Selasa, mayat seorang wanita warga emas K.Kaliammal, 60-an ditemui dalam keadaaan tangan dan kaki terikat serta mulut ditutup menggunakan kain di rumahnya di Taman Bumi Cemerlang, Ketari, Bentong yang ditemui orang awam pada pukul 1.45 petang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong DSP Mohamad Mansor Mohd Nor berkata ketika ditemui tiada tanda kesan luka pada tubuh mangsa, sementara rumahnya berselerak dipercayai akibat digeledah. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain