suria

Muhyiddin Ke Terengganu Selasa Depan

KUALA TERENGGANU: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melakukan lawatan kerja sehari ke Terengganu pada Selasa ini.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata Tan Sri Muhyiddin dijadual tiba di Lapangan Terbang Kertih, Kemaman pada pada pagi hari itu dan terus ke Politeknik Sultan Mizan Zainal Abuidin (PSMZA), Dungun.

Semasa di PSMZA Timbalan Perdana Menteri akan mengadakan perjumpaan dan berdialog dengan pemimpin masyarakat tempatan dan pegawai-pegawai kanan kerajaan, kata Ahmad ketika menghadiri majlis Sambutan Hari Raya Persatuan Bekas Pegawai Tadbir negeri Terengganu di sini.

Beliau berkata, pada tengah hari, Muhyiddin kemudiannya akan menghadiri majlis ramah mesra dan jamuan hari raya melibatkan 15,000 tetamu di Dataran Merdeka, Dungun.

Pada sebelah petang, Timbalan Perdana Menteri dijadual merasmikan Pasar Baru Kedai Buloh dan majlis hari raya parlimen Marang.

Sebelum mengakhiri lawatannya ke Terengganu, Muhyiddin dijadual mengadakan perjumpaan dengan imam, bilal dan guru-guru agama di Sekolah Menengah Imtiaz di sini sebelum berlepas pulang melalui Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada sebelah malam. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain