Laporan Mengenai Dakwaan Terhadap Polis Sedia Dibentangkan Ke Kabinet - Semasa | mStar

Laporan Mengenai Dakwaan Terhadap Polis Sedia Dibentangkan Ke Kabinet

PUTRAJAYA: Laporan oleh tiga jawatankuasa khas untuk menyiasat tuduhan terhadap pasukan polis selepas perhimpunan haram 9 Julai lepas, telah siap dan sedia dibentangkan ke kabinet dalam tempoh terdekat, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Katanya walaupun secara peribadi beliau berpendapat laporan itu perlu didedahkan kepada orang ramai, terpulang kepada kabinet sama ada untuk berbuat demikian atau sebaliknya.

"Kalau ada pihak tidak ikut prosedur, maka itu juga mesti didedahkan," katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan bekas-bekas Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara di pejabatnya di sini, Selasa.

Antara yang hadir ialah Tun Haniff Omar, Tan Sri Norain Mai dan Datuk Hussin Ismail. Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam.

Bukit Aman telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat enam tuduhan terhadap pasukan polis yang kononnya bertindak ganas semasa perhimpunan haram itu.

Mengenai perjumpaan hari ini, Hishammuddin berkata, ia bertujuan mencari jalan bagi memperkasakan Polis Diraja Malaysia termasuk menjaga kebajikan anggotanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain