suria

Prof Zakaria Kasa Naib Canselor UPSI Yang Baru

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamaed Khaled Nordin menyampaikan watikah pelantikan kepada Prof Zakaria Kasa sebagai Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)yang baru.

PETALING JAYA: Prof Zakaria Kasa pada Isnin diumumkan sebagai Naib Canselor Univerisiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang baru berkuat kuasa 1 September yang lalu.

Pelantikannya adalah bagi menggantikan Prof Datuk Dr Aminah Ayob yang telah tamat perkhidmatannya pada 31 Ogos lalu. Keputusan tersebut diumumkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan di sini.

Beliau merupakan seorang pakar yang terkenal dalam bidang pendidikan Malaysia dan merupakan tokoh yang disenangi di kalangan kelompok ahli akademik di dalam dan luar UPSI.

Zakaria pernah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Dekan-dekan Fakulti Pendidikan Universiti Awam dan Presiden Persatuan Pendidikan Teknikal dan Vokasional Malaysia.

Kini, beliau diamanahkan mengetuai Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan, Majlis Profesor Negara (MPN).

Ketokohan beliau telah dikenal pasti dan diperakui oleh Jawatankuasa Carian (Search Committee) yang terdiri daripada tokoh-tokoh akademik dan industri yang bebas.

Dilahirkan pada 23 Februari 1957, anak jati Kedah ini memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan Pertanian daripada The Louisiana State University, Louisiana, Amerika Syarikat pada 1978 dan memperolehi Ijazah Sarjana dari Universiti yang sama dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional pada 1980.

Beliau kemudiannya melanjutnya pelajaran dan memperolehi ijazah Ph.D dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional pada 1993 daripada The Ohio State University, Ohio, Amerika Syarikat.

Zakaria pernah dipinjamkan kepada Universiti Putra Malaysia (UPM), dan dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPSI pada 2007 sehingga 31 Ogos 2011.

Beliau telah menjalankan lebih daripada 35 penyelidikan dalam pelbagai aspek bidang pendidikan serta telah menghasilkan banyak penerbitan jurnal dan buku.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain