suria

Nahas Motosikal: Pelajar Maut

KUANTAN: Seorang pelajar maut manakala seorang lagi parah apabila motosikal yang ditunggangi mereka bergesel sesama sendiri sebelum terbabas di Jalan Tanah Putih, berhadapan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)Kuantan.

Muhammad Faiz Ishak, 16, pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di sini, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supritendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata dalam kejadian pukul 5.20 pagi semalam itu, mangsa dan rakannya dalam satu kumpulan motosikal dari arah bandar Kuantan menuju ke Jalan Tanah Putih.

"Rakannya yang berusia 17 tahun cedera parah dan kini dirawat di HTAA," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, Muhammad Faiz yang berasal dari Taman Sri Mahkota, dekat sini dan rakannya itu tidak memiliki lesen memandu.

"Polis juga percaya kumpulan motosikal itu berlumba sesama sendiri," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain