suria

Lelaki Terlibat Kes Jenayah Di Malim Nawar Diberkasa

KAMPAR: Seorang lelaki yang dikehendaki polis kerana terbabit dalam beberapa kes jenayah di Malim Nawar dekat sini sejak dua tahun lepas akhirnya diberkas Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Abdul Aziz Salleh berkata, lelaki berusia 23 tahun itu diberkas pada pukul 2 petang di rumahnya di Taman Kledang Mas, Ipoh selepas polis menerima maklumat orang awam.

Lelaki tersebut melakukan enam kes jenayah dalam tempoh tersebut antaranya merompak dan menetak seorang warga emas dengan parang, membakar rumah kongsi dan traktor pengusaha kebun sayar, merusuh di sebuah restoran, dan cuba merogol isteri orang, katanya pada sidang akhbar di sini, Isnin.

Beliau berkata lelaki itu pernah ditahan dua kali kerana terbabit dalam kegiatan jenayah sebelum ini.

Lelaki itu yang menganggur direman sehingga Khamis ini untuk siasatan lanjut. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain