Tiga Terbunuh, Van Dihempap Pokok Besar Di Felda Chuping - Semasa | mStar

Tiga Terbunuh, Van Dihempap Pokok Besar Di Felda Chuping

PADANG BESAR: Tiga termasuk dua pelajar sekolah agama rakyat terbunuh apabila van yang mereka naiki dihempap sebatang pokok besar berhampiran Kilang Gula Felda Perlis, Chuping, Ahad.

Ketua Polis Daerah Padang Besar Superintendan Che Man Md Dros berkata kejadian berlaku kira-kira 9.15 pagi ketika kenderaan yang membawa lapan pelajar berusia antara 14 dan 17 tahun itu dalam perjalanan ke kilang berkenaan dari arah Beseri.

Pokok besar yang tiba-tiba tumbang dan menghempap bahagian depan van menyebabkan pemandu dan dua pelajar Ma'ahad Attarbiyah Al Islamiyah (Matri) Tunjong terbunuh.

Mereka dikenali sebagai Shahidan Ali, 67, dari Beseri, Ahmad Izzat Ismail, 17, dari Tanjong Tokong, Pulau Pinang dan Hazman Bakhtiar Sharizan, 14, dari Taman Kenanga, Kulim, Kedah.

Seorang lagi pelajar, Mohd Ahnaf Anissofian, 14, cedera parah dan dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) manakala lima lagi penumpang hanya cedera ringan.

Kejadian berlaku ketika hujan dan mereka dikatakan dalam perjalanan dari Matri untuk melakukan tugasan kajian tempatan anjuran pihak sekolah di kawasan kilang itu.

Seorang pelajar, Zulfadhli Rodzi, 14, berkata ketika menghampiri kilang itu, sebatang pokok tiba-tiba menghempap kenderaan mereka menyebabkan pemandu dan dua rakannya terkorban.

Beliau yang duduk di kerusi belakang berkata, mangsa yang cedera ringan keluar melalui tingkap van dan meminta bantuan pengawal keselamatan kilang itu.

Mangsa yang terkorban dikeluarkan daripada kenderaan yang remuk pada bahagian depan itu oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Sementara itu, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu menziarahi mangsa yang maut di bilik mayat HTF pada Ahad. - BERNAMA

Artikel Berikut

32 Kawasan Catat Kualiti Udara Sederhana

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain