suria

Keadaan Jerebu Seluruh Negara Semakin Pulih

KUALA LUMPUR: Jerebu di seluruh negara semakin pulih sehingga 5 petang ini dengan 24 kawasan merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) baik berbanding 19 kawasan pukul 11 pagi ini dan 18 kawasan pukul 7 pagi Sabtu.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan sebanyak 27 kawasan merekodkan IPU sederhana sehingga 5 petang ini berbanding 32 kawasan pukul 11 pagi ini dan 34 kawasan pukul 7 pagi semalam.

JAS juga melaporkan sehingga 5 petang ini tiada kawasan mencatatkan IPU tidak sihat, sangat tidak sihat atau berbahaya.

Lima kawasan mencatat IPU tertinggi ialah Nilai, Negeri Sembilan (78); Batu Muda, Kuala Lumpur (71); Petaling Jaya, Banting di Selangor dan Cheras, Kuala Lumpur masing-masing mencatat 70, menurut JAS dalam laman sesawangnya. - BERNAMA

Artikel Lain