suria

MAHB Tangguh Naikkan Caj

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) pada Jumaat membuat keputusan untuk menangguhkan kenaikan caj khidmat penumpang antarabangsa serta caj pendaratan dan parkir pesawat, sehingga kajian semula selanjutnya dijalankan.

Ia dilakukan atas nasihat Kementerian Pengangkutan.

Caj perkhidmatan penumpang dijadual dinaikkan dari 27 peratus kepada 28 peratus berkuat kuasa 15 Sept manakala caj pendaratan dan parkir pesawat dinaikan secara berperingkat-peringkat kepada 30 dan 64 peratus, jelas MAHB dalam satu kenyataan.

Caj baharu perkhidmatan penumpang ditanggung oleh penumpang.

Menerusi kadar baharu itu, caj perkhidmatan penumpang antarabangsa akan dinaikkan daripada RM51 kepada RM65 di bangunan terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa KL, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Lapangan Antarabangsa Kuching. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain