suria

Isu Mat Indera: Ibrahim Ali Gesa Mat Sabu Tarik Balik Kenyataan

KUALA TERENGGANU: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu diminta menarik balik kenyataan yang dikeluarkan semasa berucap di Tasek Gelugor, Pulau Pinang baru-baru ini yang menyanjung perjuangan komunis dan memperlekehkan pasukan keselamatan.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berkata ucapan Mohamad atau Mat Sabu pada majlis itu amat mengelirukan dan secara tidak langsung pemimpin kanan PAS itu dilihat cuba mengubah fakta sebenar sejarah negara.

"Mat Sabu tidak perlu takut atau malu untuk menarik balik ucapannya tempoh hari atas alasan terlanjur. Ini kerana 'ular yang menyusur akar, tidak akan hilang biasanya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan mesyuarat agung khas tahunan Perkasa negeri Terengganu di sini, Sabtu yang turut dihadiri Yang Dipertua Perkasa Terengganu Mohd Lukman Muda.

Ibrahim, yang juga Anggota Parlimen Pasir Mas berkata, amat menyedihkan apabila Mat Sabu membelakangkan perjuangan Datuk Onn serta Bapa Kemerdekaan Negara Tunku Abdul Rahman yang berjuang membebaskan negara ini daripada British tanpa menumpahkan darah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain