suria

Polis Terima 74 Laporan Berhubung Pusat Jagaan Kucing

KUALA LUMPUR: Polis menerima 74 laporan berhubung sebuah pusat jagaan haiwan di Damansara Damai di sini yang didakwa membiarkan kucing yang ditempatkan di situ kelaparan sehingga 12 ekor daripada kira-kira 300 ekor kucing dilaporkan mati.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata laporan itu dibuat oleh para pemilik kucing yang menempatkan haiwan peliharaan mereka di pusat itu.

"Walaupun kes ini disiasat oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), polis berjanji akan memberi perhatian serius terhadap kes ini dan tindakan undang-undang yang sewajarnya akan diambil ke atas pemilik kedai Petknode itu yang tidak dapat memberi perkhidmatan yang telah dijanjikan," katanya dalam laman sosial Facebook PDRM pada Khamis.

Beliau juga berkata sudah tiba masanya akta sedia ada mengenai haiwan dikaji semula.

Polis akan membantu pemilik kucing terlibat untuk mendapatkan kembali kucing yang masih hidup dan meminta sesiapa yang mengambil mana-mana kucing atas alasan menyelamatkannya supaya menyerahkannya kepada pihak JPV Selangor atau pihak polis, katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain