suria

Nilai Catat Kualiti Udara Tidak Sihat

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di Nilai merosot daripada sederhana kepada tidak sihat setakat tengah hari Jumaat, apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di situ mencatat 101.

Laporan Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada laman webnya menyatakan bagi tempoh sama 35 kawasan di seluruh negara mencatat IPU sederhana dan 15 kawasan berkualiti udara baik.

IPU pada tahap antara 0 dan 50 merupakan bacaan IPU baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan IPU berbahaya apabila bacaan melebihi 301.

JAS menerusi satu kenyataan semalam menjangkakan keadaan berjerebu berterusan beberapa hari akan datang dan menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka serta bekerjasama untuk memadamkan kebakaran kecil. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain