suria

Maxis Tawar 17,000 Kad Sim Khas Kepada Jemaah Haji

KUALA LUMPUR: Pengendali rangkaian telefon mudah alih, Maxis Berhad menawarkan 17,000 kad SIM khas daripada Saudi Telecom Company bagi membolehkan para jemaah haji membuat atau menerima panggilan dan khidmat pesanan ringkas di Arab Saudi dengan kadar tempatan.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat telekomunikasi itu di sini, kad SIM itu dimuatkan dengan nilai prabayar sebanyak 25 Saudi Riyal dengan masa berbual percuma selama 40 minit.

"Dengan bantuan Tabung Haji, kad SIM ini akan diagihkan secara percuma kepada jemaah haji di beberapa balai berlepas di Selangor, Johor Baharu, Pulau Pinang, Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching," jelas kenyataan itu lagi.

Selain itu, jemaah haji yang juga pelanggan pascabayar Maxis boleh menikmati diskaun eksklusif 30 peratus bagi panggilan suara ke Malaysia untuk kedua-dua talian tetap dan mudah alih, sah dari 1 Okt hingga 15 Disember ini.

Artikel Sebelum

Artikel Lain