suria

Jalan Utama Sekitar Dataran Merdeka Ditutup Sempena Sambutan Kemerdekaan, Hari Malaysia

KUALA LUMPUR: Beberapa jalan utama di sekitar Dataran Merdeka di sini akan ditutup kepada semua kenderaan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia, bermula dari 10 hingga 16 Sept ini.

Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Rusli Mohd Noor berkata jalan terbabit akan ditutup secara berperingkat mulai 6 pagi, 10 Sept bagi tujuan persiapan dan latihan serta sambutan sebenar pada 16 Sept.

"Terdapat jalan yang akan ditutup seawal 4 pagi bagi tujuan persiapan dan penutupan jalan akan dilakukan pada setiap tarikh itu dan akan dibuka semula setelah acara selesai," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Jalan berkenaan ialah Jalan Travers, Jalan Mahameru, Jalan Damansara (Carcosa Seri Negara), Jalan Lembah, Jalan Perdana (Masjid Negara), Bulatan Hishamuddin, Jalan Hishamuddin Jalan Tembusu, Jalan Cenderasari, Jalan Kinabalu, susur Bukit Aman dan Jalan Raja.

Jalan lain turut ditutup ialah Jalan Leboh Pasar Besar, Jalan Lebuh Ampang dan Jalan Tun Perak, Bulatan Dato Onn, Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Munsyi Abdullah, Jalan Dang Wangi dan Jalan Mahkamah Persekutuan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain