suria

Shell Sasar Buka Sehingga 50 Stesen Minyak Baru Sehingga Hujung Tahun Ini

KUALA LUMPUR: Shell Malaysia Trading Bhd pada Selasa mengumumkan bahawa ia merancang untuk membuka sehingga 50 buah stesen petrol lagi di seluruh negara menjelang akhir tahun ini sebagai sebahagian daripada pelan peluasannya.

Ia kini mengurus 900 stesen dalam negara.

Bercakap kepada pemberita selepas "Shell Select Refresh & Win Contest Grand Finale" di sini, Pengurus Operasi dan Jualan Runcit Nasional, Leslie Ng berkata, syarikat itu menyasarkan membuka sekurang-kurangnya 20 stesen baharu setiap tahun.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai kos untuk pelaburan itu.

"Kos sebenar pelaburan berbeza mengikut lokasi dan saiz tanah," kata Ng.

Pelan peluasan itu juga membabitkan Shell Select Shops, yang dijangkakan bertambah bilangannya bersama pembukaan setiap stesen baharu. katanya.

Pertandingan akhir "Shell Select Refresh & Win, yang bermula Jun lepas, menyaksikan 18 pelanggan Shell Select pulang dengan hadiah wang tunai bernilai RM48,000.

Pertandingan itu dianjurkan oleh Shell Malaysia dengan usaha sama rakan rangkaian, BonusLink, dan rakan pilihannya.- BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain