suria

Saksi Utama Kes Jenayah Diminta Hadir Perbicaraan 12 September

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang juga saksi utama bagi perbicaraan kes jenayah di Mahkamah Sesyen, Jalan Duta pada 12 September ini.

Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dalam satu kenyataan hari ini, berkata Wong Chee Huat, 45, yang beralamat terakhir di 90, Mambang Diawan, 31950 Kampar, Perak juga mangsa dalam kes itu yang membabitkan kejadian samun di Cheras, pada 2009.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali Wong diminta menghubungi pegawai penyiasat Insp Khairol Fairoz Rodzuan di talian 017-3983498 atau Ibu Pejabat Daerah Cheras di talian 03-91452222/2220.

Orang ramai juga boleh hubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di talian 03-91452293/2294 atau 03-92840083 atau Hotline Rakan Cop Kuala Lumpur 03-21159999 atau SMS ke 32728 atau tampil di balai polis berdekatan. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain