suria

Perdayakan Wanita: Dua Jurujual Dibicarakan Januari Depan

SHAH ALAM: Dua jurujual yang didakwa memperdayakan seorang wanita untuk memasukkan wang tunai RM341,000 ke dalam akaun bank mereka akan dibicarakan pada Januari depan.

Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Aslam Zainuddin pada Rabu, menetapkan supaya perbicaraan terhadap Liew Tek Wai, 30, dan Ong Keat Seong, 21, berjalan selama tiga hari bermula 17 Januari depan.

Liew yang berasal dari Kepong, Kuala Lumpur dan pernah bekerja sebagai pencuci pinggan di luar negara akan diwakili oleh peguam K. C Wan yang juga merupakan penasihat undang-undang kepada MCA Selangor.

Liew didakwa bersama Ong yang berasal dari Alor Gajah, Melaka atas tuduhan memperdayakan Dalina A. Rahman, 35, untuk memasukkan wang tunai RM79,000 ke dalam akaun Bank Rakyat di cawangan Taman Melawati, Ampang, dekat sini pada pukul 2.36 petang, 14 Julai 2011.

Mereka juga didakwa memperdayakan wanita yang sama untuk memasukkan wang tunai RM262,000 ke dalam akaun bank yang sama pada pukul 4.49 petang, hari yang sama, yang mana wanita tersebut tidak akan berbuat demikian jika tidak diperdayakan oleh tertuduh.

Kedua-dua tertuduh didakwa di mahkamah untuk kali pertama pada 5 Ogos lalu dan kini dibebaskan dengan jaminan RM4,000 seorang untuk setiap pertuduhan.

Artikel Berikut

Artikel Lain