suria

NCER Tarik Pelaburan RM6.89 Bilion

PULAU PINANG: Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) telah menarik pelaburan bernilai RM6.89 bilion antara Januari dan Julai, yang melepasi paras RM6.08 bilion, bagi tempoh sepanjang tahun lepas.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Redza Rafiq berkata pelaburan tahun ini menunjukkan penyertaan signifikan dari pelabur asing, terutama dari Eropah dan AS berbanding dengan tahun lepas.

"Daripadan jumlah pelaburan RM6.89 bilion itu, 86 peratus diperolehi dari pelabur asing manakala 14 peratus daripada pelabur tempatan," katanya selepas lawatan media ke NCER pada Rabu.

Redza berkata beliau melihat trend pelaburan yang menaik bagi baki tempoh tahun ini, berdasarkan urus niaga yang dicapai baru-baru ini dengan tiga syarikat asing dan satu syarikat tempatan serta tinjauan ekonomi yang positif.

Tahun lepas, pelaburan NCER melonjak kepada RM6.08 bilion berbanding dengan RM1.4 bilion pada 2009 dan 2008, dengan 56 peratus penyertaan pelaburan asing dan 54 peratus pelabur tempatan.

Redza turut mengumumkan bahawa dua syarikat automotif Jepun akan melabur di Malaysia dan salah satu daripadanya akan melabur menjelang akhir tahun ini.

"Kedua-dua syarikat itu akan melabur di bawah kluster kejuruteraan berasaskan pengangkutan pelbagai sektor, bersama-sama dengan syarikat asing yang lain seperti Peugeot dan Hyundai," katanya.

Bagaimana pun, Redza enggan mengulas lanjut mengenai latar belakang syarikat berkenaan, sambil menyatakan bahawa pengumuman lanjut akan dibuat tidak lama lagi. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain