Kerajaan Tidak Lupus Lesen Pemberi Pinjam Wang - Lajim Ukin - Semasa | mStar

Kerajaan Tidak Lupus Lesen Pemberi Pinjam Wang - Lajim Ukin

KOTA KINABALU: Kerajaan tidak berhasrat untuk melupuskan lesen yang dikeluarkan mengikut Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 buat masa ini, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin.

Beliau berkata ini kerana tujuan asal akta berkenaan adalah baik, iaitu membantu atau memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan pinjaman secara sah dan mudah. "Cuma ada segelintir syarikat pemberi pinjam wang berlesen ini yang dilaporkan tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang mempunyai bidang kuasa dalam hal ini. "Mereka menyalahgunakan lesen untuk tujuan mengaut keuntungan, dan difahamkan ada yang mengenakan 'interest' sehingga 40 peratus (setahun) iaitu lebih tinggi daripada 'interest' yang dikenakan oleh 'Ah Long'...inilah yang kita mahu kawal," katanya kepada pemberita, di sini malam Selasa.

Beliau yang ditemui pada rumah terbuka sempena Aidilfitri di kediamannya, mengulas saranan pelbagai pihak agar kerajaan menarik balik lesen pemberi pinjam wang jika agensi terbabit lebih banyak mendatangkan masalah kepada pengguna.

Pihak berkenaan berkata agensi itu tidak perlu wujud kerana pengguna mempunyai banyak pilihan melalui institusi yang dikawal baik oleh Kementerian Kewangan dan Bank Negara.

Mengulas lanjut, Lajim berkata syarikat yang memperolehi lesen pinjam wang tertakluk kepada syarat kadar faedah tidak melebihi 18 peratus setahun serta tidak sepatutnya menyimpan kad ATM bank peminjam sebagai sekuriti pinjaman.

Beliau berkata kementeriannya memandang serius perkara itu dan tindakan tegas termasuk membatalkan lesen, akan diambil terhadap mereka yang tidak mematuhi peraturan.

"Kita memohon kerjasama orang ramai atau pengguna yang mempunyai maklumat ini supaya menghubungi terus pegawai kementerian.

"Ini memudahkan pihak kementerian membuat siasatan dan kita harap peminjam wang jujur dan bertanggungjawab terhadap maklumat yang diberikan," katanya.

Bagi penduduk Sabah, mereka boleh membuat aduan itu di Kementerian Kewangan negeri yang diperturunkan kuasa memberi lesen, manakala di Sarawak lesen pinjam wang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri dan Pejabat Residen.

Mengulas perkara berbeza, Lajim berkata projek pembinaan rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) Kionsom, Inanam dekat sini, yang sebelum ini terbengkalai, dijangka siap April depan.

Beliau berkata kontraktor baru itu telah memulakan kerja-kerja pembinaan 1,000 unit rumah tiga bilik terbabit sejak Ogos 2009 dan sepatutnya siap pada Ogos tahun ini.

Katanya pelantikan kontraktor baru itu juga telah menyebabkan peningkatan kos keseluruhan sehingga RM70 juta berbanding kos asal RM57 juta.

Sebelum ini, Jabatan Perumahan Negara menamatkan kontrak pemaju projek rumah terbengkalai di Kionsom, Inanam itu selepas pemaju gagal menyiapkan projek berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan.

Pelaksanaan projek berkenaan dimulakan pada Julai 2003 dan diberi tempoh 30 bulan untuk menyiapkannya.

Mengenai projek PPR yang terbengkalai di Kibabaig, Penampang, Lajim berkata kerja pembinaan akan dimulakan tidak lama lagi. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain