suria

Bidang Kerja Lebih 22 Peratus Pati Berdaftar Dengan Program 6P Jadi Tanda Tanya

PUTRAJAYA: Lebih 22 peratus daripada 1.3 juta pendatang asing tanpa izin (Pati) yang berdaftar dengan Progam 6P tidak dikenal pasti di manakah punca atau bidang kerja mereka, kata Setiausaha Bahagian Imigresen Kementerian Dalam Negeri, Datuk Zaitun Ab. Samad.

"Apakah mereka buat (di negara ini)? Apakah aktiviti mereka sebenarnya?," katanya dalam satu taklimat bersama media di sini, Rabu.

Zaitun berkata, kebanyakan Pati yang berdaftar dalam Program 6P datang dari sektor perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan.

Seramai 2.3 juta pekerja asing dan Pati telah mendaftar untuk Program 6P setelah berakhirnya proses pendaftaran melalui sistem biometrik pada 31 Ogos lalu.

Jumlah itu meliputi seramai 1,016,908 pekerja asing sah dan seramai 1,303,126 Pati.

BERITA SELANJUTNYA SELEPAS INI.

Artikel Berikut

Artikel Lain