suria

RHB Tarik Balik Permohonan Pelantikan Renzo Viegas Kepada Bank Negara

KUALA LUMPUR: Kumpulan perkhidmatan kewangan bersepadu sepenuhnya yang kelima terbesar di Malaysia, RHB Banking Group telah menarik balik permohonan awal kepada Bank Negara Malaysia bagi pelantikan Renzo Viegas sebagai Pengarah Urusan RHB Bank Bhd.

Dalam satu kenyataan hari ini, institusi perbankan itu berkata ini adalah ekoran hasrat Viegas untuk berehat seketika bagi menguruskan perkara peribadi tahun depan.

Dalam pada itu, Viegas akan terus menjadi pegawai prinsipal RHB Bank, sementara menantikan pelantikan ketua pegawai eksekutif/pengarah urusan yang baharu.

"Viegas kelak akan berganding dengan CEO/MD baharu itu dalam meneruskan strategi perniagaan dan memperlihatkan rekod menggalakkan perniagaan perbankan komersil kumpulan itu," kata bank berkenaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain