suria

Pemilik Haiwan Teraniaya Diminta Buat Laporan Polis

PETALING JAYA: Pemilik haiwan peliharaan yang teraniaya di sebuah pusat jagaan haiwan di Damansara Damai di sini diminta membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan, kata pengasas Malaysia Dogs Deserve Better (MDDB) Wani Muthiah.

Beliau berkata polis harus mengklasifikasikan kes itu sebagai menipu dan bukannya disiasat di bawah Akta Haiwan 1953.

"Mari kita pergi ke balai polis dan buat laporan polis. Kita harus mendesak mereka dalam perkara ini," katanya pada sidang media di sini hari ini yang dihadiri hampir 200 pemilik haiwan peliharaan dan orang awam.

Kira-kira 50 pemilik haiwan peliharaan dan aktivis hak asasi haiwan dilaporkan telah membuat laporan polis di Balai Polis Damansara Damai di sini.

Pengerusi Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA) Christine Chin berkata pemilik 'hotel haiwan' itu harus dikenakan 300 pertuduhan di bawah Akta Haiwan kerana menganiaya binatang.

Sebanyak 12 ekor kucing mati di pusat jagaan itu selepas haiwan berkenaan ditinggalkan di situ sempena cuti Aidilfitri. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain