Ketua Pemuda Umno Alor Gajah Angkat Sumpah Sebagai Senator - Semasa | mStar

Ketua Pemuda Umno Alor Gajah Angkat Sumpah Sebagai Senator

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno Bahagian Alor Gajah, Baharudin Abu Bakar pada Selasa mengangkat sumpah sebagai Senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang di Bangunan Parlimen di sini.

Pelantikan Baharudin sebagai Senator mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Baharudin, 42, yang memegang jawatan sebagai Pengarah Syarikat Rexaplus Sdn Bhd sejak 2006 juga merupakan Ketua Penerangan Pemuda Umno Melaka.

"Saya anggap pelantikan ini merupakan satu penghargaan besar terutamanya bagi generasi muda. Saya lihat ini merupakan satu titik permulaan bagi generasi muda untuk turut serta dalam menyuarakan pandangan untuk perlembagaan negara," kata Baharudin ketika ditemui pemberita selepas upacara itu.

Beliau yang berasal dari Durian Tunggal, Melaka juga pernah menjadi wartawan foto di Variapop Group dan Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Abu Zahar dalam majlis berasingan menerima kunjungan perpisahan daripada Duta Besar Perancis ke Malaysia Marc Barety di pejabatnya di Bangunan Parlimen.

Barety akan menamatkan perkhidmatannya pada penghujung bulan ini.

"Secara peribadinya beliau berasa berpuas hati kerana beliau menyatakan telah banyak negara beliau berkhidmat dan Malaysia adalah satu-satunya negara yang amat selesa sekali," kata Abu Zahar selepas kunjungan itu.

Beliau berkata Barety menyatakan bahawa cara pentadbiran kerajaan hari ini berada dalam satu landasan yang cukup baik terutamanya dari segi ekonomi dan perhubungan di antara negara-negara luar.

Barety juga menyuarakan hasrat kerajaan Perancis untuk terus mempertingkatkan hubungan dua hala dengan Malaysia dalam semua bidang, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain