Perdana Menteri Angkat Noramfaizul Sebagai Wira Negara - Semasa | mStar

Perdana Menteri Angkat Noramfaizul Sebagai Wira Negara

SUBANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor sebagai wira negara yang sanggup mengikuti misi-misi kemanusiaan di negara berisiko tinggi.

Beliau berkata, walaupun Allahyarham terkorban semasa menjalankan tugas pada misi bantuan kemanusiaan, tragedi itu tidak akan membantutkan usaha-usaha seperti itu ke seluruh dunia.

"Allahyarham wajar dijadikan model, kisah ini perlu dijadikan pendorong semangat kepada kita semua termasuk para wartawan untuk terus bertugas dengan penuh dedikasi," katanya kepada pemberita di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini.

Sebelum itu beliau bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman menyambut ketibaan jenazah Noramfaizul yang tiba dari Mogadishu, Somalia dengan pesawat TUDM C-130.

Dalam kejadian pada Jumaat lalu, kenderaan yang membawa petugas media yang sedang membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ditembak kumpulan tidak dikenali mengakibatkan Allahyarham maut ekoran cedera parah terkena .

Turut cedera dalam insiden berkenaan ialah jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan.

Perdana Menteri berkata, Malaysia adalah sebuah negara membangun yang paling hadapan menghulurkan bantuan kemanusiaan ke seluruh kawasan konflik di seluruh dunia.

Sehubungan itu, beliau menegaskan Malaysia tidak akan berhenti menghulurkan bantuan seumpama itu.

"Kejadian yang di luar jangkaan ini tidak akan membuatkan kita berhenti dari meneruskan usaha mulia ini," katanya.

Dalam pada itu, Najib mewakili kerajaan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Beliau memberi jaminan bahawa kerajaan akan membantu dengan menanggung perbelanjaan persekolahan dua anak Allahyarham.

"Kita akan bantu perbelanjaan persekolahan anak-anak Allahyarham selepas ini," ujar beliau.

Artikel Sebelum

Penyelia Kilang Didakwa Menyamar Polis

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain