Pemimpin LDP Sibuk Atau Boikot Rumah Terbuka Ketua Menteri & Kabinet Sabah? - Semasa | mStar

Pemimpin LDP Sibuk Atau Boikot Rumah Terbuka Ketua Menteri & Kabinet Sabah?

KOTA KINABALU: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak hairan kenapa pemimpin-pemimpin kanan Parti Liberal Demokratik (LDP) tidak menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan kabinet negeri di Kompleks Sukan Likas, baru-baru ini.

Katanya, lebih menghairankan apabila pemimpin kanan parti itu dapat pula menghadiri rumah terbuka Aidilfitri di Istana Negeri dan rumah terbuka Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang jauh di Semporna, kemudian bersama-sama ke Papar menghadiri rumah terbuka Adun Pantai Manis Datuk Abdul Rahim Ismail.

"Adakah mereka ini terlalu sibuk dengan komitmen lain atau sengaja boikot acara Ketua Menteri dan kerajaan negeri.

"Kalaulah sengaja boikot, ia sesuatu yang amat mendukacitakan kerana tidak memberi penghormatan kepada Ketua Menteri dan Kabinet Negeri," katanya.

Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah berkata demikian ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitrinya di Bangunan Dewan Undangan Negeri di sini, Isnin.

Pada sambutan hari pertama Aidilfitri lepas, Presiden LDP, Datuk V.K Liew menghadiri rumah terbuka di Istana Negeri, tetapi keesokan harinya tidak kelihatan kelibat pemimpin kanan LDP termasuk presidennya pada rumah terbuka Aidilfitri Ketua Menteri dan Jemaah Menteri di Kompleks Sukan Likas.

Namun, pada hari ketiga Aidilfitri, Liew dan pemimpinnya menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Shafie di Semporna dan keesokan harinya pula bersama-sama menghadiri rumah terbuka Rahim di Papar.

Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Belud berkata, ketidakhadiran pemimpin kanan LDP pada rumah terbuka Ketua Menteri dan Jemaah Menteri itu menjadi bualan rakan-rakan komponen Barisan Nasional (BN) kerana ia seolah-olah tidak menghormati Musa dan pimpinan negeri.

"Malahan, ia disifatkan seperti tidak mempunyai semangat kekeluargaan BN sebagaimana sepatutnya dijunjung oleh setiap parti komponen terutama dalam konteks 1Malaysia," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain

Spurs pecat Pochettino!