suria

Pakatan Rakyat Ucap Takziah Pada Keluarga Noramfaizul

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat (PR) dalam kenyataan yang dikeluarkan Isnin memanjangkan ucapan setinggi takziah dan simpati kepada keluarga jurukamera Bernama TV, Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor yang terkorban semasa menjalankan tugasan di Mogadishu, Somalia, Jumaat lalu.

Pemergian Allahyarham di usia yang muda selaku anak lelaki sulung keluarga dan meninggalkan seorang balu dan dua orang cahaya mata amat menyayat hati semua warga Malaysia.

Para pengamal media di Malaysia juga telah kehilangan seorang rakan sekerja yang berani dan berdedikasi pada kerjayanya.

Melihat kepada tragedi ini, parti itu juga menggesa agar langkah-langkah keselamatan yang cukup dan tertib perlu dipertimbangkan oleh pihak yang bertanggungjawab untuk mengelakkan tragedi yang sama berulang pada masa depan.

Bagaimanapun pun, PR juga berharap agar pihak yang bertanggungjawab akan memastikan soalan-soalan yang ditimbulkan oleh orang ramai akan dijawab dengan tulus demi menampilkan kebenaran.

Sementara itu, parti itu juga berdoa agar keluarga Allahyarham akan diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menempuh waktu yang mencabar dan penuh hiba ini.

Artikel Sebelum

Artikel Lain