Mat Sabu Bukan Sahaja Singgung Polis Tetapi Juga Rakyat Malaysia - Mukhriz - Semasa | mStar

Mat Sabu Bukan Sahaja Singgung Polis Tetapi Juga Rakyat Malaysia - Mukhriz

KUALA LUMPUR: Kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengenai tragedi Bukit Kepong bukan sahaja memperkecilkan pengorbanan pejuang kemerdekaan dan menyinggung perasaan bukan sahaja keluarga anggota polis terlibat, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia, kata Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir.

Mukhriz, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarbangsa dan Industri, berkata kenyataan Mohamad Sabu, yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, adalah cubaan mengaburi mata rakyat dengan mengubah fakta sejarah.

Mat Sabu, katanya sengaja mahu mengguris 'luka lama' berhubung tragedi Bukit Kepong itu.

"Perlu kita akui apabila komunis mengganas pada ketika itu, mangsanya bukan sahaja orang Melayu tetapi juga masyarakat yang lain," katanya kepada Bernama.

Mohamad Sabu semasa berceramah di Tasek Gelugor pada 21 Ogos lepas dilaporkan menyebut bahawa pengganas komunis yang menyerang dan membunuh 25 anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.

Mukhriz menganggap kenyataan itu merupakan pendirian PAS memandangkan tidak ada pemimpin tertinggi parti itu yang membantah kecuali Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyokong kenyataan Mohamad Sabu.

Mengenai kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu Timbalan Presiden PAS itu menarik balik kenyataannya, Mukhriz menyifatkannya sebagai satu sandiwara politik.

"Ini kerana Karpal Singh sebelum ini pernah membuat kenyataan menghina Raja-Raja Melayu yang mendapat reaksi buruk daripada masyarakat, tetapi sehingga sekarang tidak meminta maaf.

"Jadi kenapa bila Mohamad Sabu bangkitkan isu ini dia meminta Mohamad menariknya balik? Saya tidak nampak keikhlasan Karpal (Singh) dalam hal ini," katanya.

Sementara itu, dua badan bukan kerajaan (NGO), Ikatan Rakyat Malaysia (IRIMM) dan Dewan Ekonomi dan Sosial Malaysia (DESMMA) membuat laporan polis terhadap kenyataan Mohamad Sabu yang dikatakan telah mengubah sejarah dan menghina polis.

Pengerusi IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay berkata beliau berasa hairan kenapa baru sekarang pemimpin PAS itu menimbulkan hal itu dan tidak sebelum ini.

"Saya sedih dengan tindakan Mat Sabu yang sanggup menimbulkan apa sahaja isu asalkan mendapat sokongan di kalangan penyokong," kata Amir Amsaa kepada pemberita selepas membuat laporan polis pada pukul 12 tengah hari di Balai Polis Setapak di sini.

Sementara itu, pengerusi DESMMA, Mohd Fazil Abdullah berkata sebagai anak seorang anggota polis dan bekas anggota tentera yang menentang komunis ketika peristiwa itu, beliau dan keluarga amat terguris dengan kenyataan Mohamad Sabu.

"Dia (Mat Sabu) sepatutnya memohon maaf kepada pejuang negara dan rakyat atas kenyataan itu, dan Mohamad Sabu tidak seharusnya mempolitikkan perjuangan melibatkan kemerdekaan negara. Ini menunjukkan beliau tidak sensitif dengan isu kemerdekaan tanah air," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

default image

Sorotan Mingguan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain