suria

Ketepi Perbezaan Politik Untuk Sambut Hari Malaysia - D'Cruz

KUALA LUMPUR: Rakyat termasuk ahli politik perlu mengetepikan perbezaan politik mereka untuk sama-sama menyambut hari penubuhan Malaysia pada 16 September, kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz.

Beliau berkata perbezaan fahaman politik tidak seharusnya memadamkan semangat untuk menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Beliau turut menggalakkan rakyat untuk mengibar Jalur Gemilang pada rumah dan kenderaan mereka.

"Kita telah mengedar satu juta bendera. Saya percaya pihak korporat juga berbuat demikian. Saya gembira lebih banyak syarikat mengibar bendera Malaysia di premis mereka.

"Bagi individu, saya harap mereka juga membeli dan mengibar bendera dengan rasa bangga," katanya kepada Bernama di sini Jumaat.

D'Cruz berkata persediaan untuk menyambut perayaan berganda itu sedang dilakukan dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim akan mengumumkan butiran terperinci mengenainya tidak lama lagi.

Artikel Lain