suria

PM Potong Kek Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa memotong kek sebagai tanda simbolik sambutan Hari Kemerdekaan ke-54, Rabu.

Majlis berlangsung di Laman Sari, Seri Perdana iaitu kediaman rasmi Perdana Menteri sempena Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di sini.

Najib memotong kek itu bersama Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, serta isteri masing-masing.

Majlis turut dimeriahkan dengan nyanyian lagu patriotik oleh artis tanah air. - BERNAMA

Artikel Lain