suria

Motosikal Terus Catat Jumlah Kematian Tertinggi

KUALA LUMPUR: Sejumlah 15 kematian akibat kemalangan jalan raya dicatatkan pada hari kelapan Ops Sikap-24, berbanding 17 kematian pada hari ketujuh pada Isnin.

Menurut jurucakap trafik Bukit Aman, kesemua kemalangan maut jalan raya semalam mencatatkan 15 kematian dengan kesemuanya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.

“Jadi tiada rekod yang dicatatkan bagi lain–lain jenis kenderaan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu.

“Jumlah kemalangan di seluruh negara pada hari kelapan semalam adalah sebanyak 980 kes,” katanya.

Sebanyak 4,291 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik dalam operasi semalam menjadikan jumlah keseluruhan saman Ops Sikap-24 kepada 14,445. - BERNAMA

Artikel Lain