suria

Tukang Besi Hadapi Lapan Pertuduhan Miliki Senjata Api, Peluru Dan Bahan Letupan

Adik-beradik, Nyan Swee keat, 41, (dua, kanan) dan Nyan Swee Tik, 35 (dua, kiri) menghadapi tuduhan memiliki senjata api di Mahkamah Majistret Kangar dekat Kangar, Isnin. Mereka masing-masing menghadapi lapan dan tiga pertuduhan memiliki sejumlah senjata api, peluru, bahan letupan dan senjata merbahaya lain. Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah dan akan dibicarakan pada 3 Oktober nanti. Dalam kejadian 18 Ogos lalu, polis telah menahan dua beradik ini di Taman Perlis dan membawa kepada penemuan sejumlah senjata api, peluru, bahan letupan dan beberapa senjata tajam lain. - Foto BERNAMA

KANGAR: Seorang tukang besi pada Isnin dihadapkan ke Mahkamah Majistret kerana menghadapi lapan pertuduhan memiliki senjata api pelbagai jenis peluru dan bahan letupan termasuk tiga pertuduhan secara bersama dengan adiknya.

Bagaimanapun kedua-dua adik-beradik itu Nyan Swee Keat, 41 dan adiknya seorang peniaga Nyan Swee Tik, 35, yang menetap di Taman Perlis tidak mengaku bersalah apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah, Monica Joseph Gaisah yang bertindak sebagai Majistret.

Majistret menetapkan 3 Oktober untuk sebutan semula kes dan kedua-duanya tidak dibenarkan ikat jamin.

Kesemua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan sekurang-kuranganya enam sebatan.

Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun, denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang juga membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanyanya jika disabitkan.

Dalam pertuduhan pertama, Swee Keat dituduh memiliki dua senjata api iaitu sepucuk revolver.38 "S&W SPL2" dan sepucuk revolver.38 "2" tanpa kebenaran yang sah dalam sebuah almari besi tiga tingkat di sebuah garaj kenderaan, di hadapan rumah no. 34, Lorong Satu Taman Perlis pukul 12 tengah hari, 18 Ogos lalu.

Dia turut dituduh memiliki 143 butir peluru pelbagai jenis tanpa kebenaran yang sah dalam almari yang sama pada waktu yang sama.

Selain itu dia juga dituduh memiliki dua beg plastik lutsinar dan dua beg plastik warna kuning yang mengandungi bahan letupan tanpa kebenaran yang sah dalam bonet kereta jenis Mercedez Benz yang terletak di kawasan gelanggang bola keranjang, Taman Perlis pukul 4.15 petang hari yang sama.

Bagi pertuduhan selanjutnya dia dituduh pada pada masa dan tarikh yang sama memiliki selaras senapang patah 12 Bore Single Barrel jenis Belgium Model 1980 tanpa kebenaran yang sah dalam kenderaan yang sama selain dituduh memiliki sebutir peluru 12 bore warna biru tanpa kebenaran yang sah dalam kenderaan yang sama juga pada waktu dan hari yang sama.

Dalam pertuduhan bersama dengan adiknya, mereka dituduh secara bersama pada 18 Ogos lepas, pukul 2.30 petang di pejabat syarikat Nyan Engineering Sdn Bhd di No 8, Lorong 2, Taman Perlis memiliki 51 butir peluru pelbagai jenis tanpa kebenaran yang sah.

Kedua-dua lelaki itu turut dituduh secara bersama memiliki sebanyak 1,049 butir peluru pelbagai jenis tanpa kebenaran yang sah dalam bonet kereta jenis Hyundai Accent di kawasan gelanggang bola keranjang Taman Perlis.

Mereka juga dituduh secara bersama pada hari, waktu dan lokasi yang sama memiliki sepucuk pistol auto Glock 19 dan sepucuk pistol Pietro Beretta 9 mm tanpa kebenaran yang sah dalam kenderaan yang sama.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Azman Abu Hassan dan kedua-dua adik-beradik itu diwakili peguam M.Athimulan. - BERNAMA

Artikel Berikut

Azhar CEO Baru MRT Co

Artikel Lain