Dua Sahabat Maut Dalam Kemalangan Di Pekan - Semasa | mStar

Dua Sahabat Maut Dalam Kemalangan Di Pekan

KUANTAN: Dua sahabat terbunuh selepas motosikal yang dinaiki dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kemalangan di Km 45 Jalan Kuantan-Segamat dekat Pekan, Isnin.

Ketua Polis Daerah Pekan Supritendan Yahaya Othman berkata dalam kejadian 11.10 malam itu, Zul Afiq Asyraf Zulkefle dan Mohamad Azharin Zanaruddin, kedua-duanya berusia 18 tahun, dalam perjalanan dari arah Kuantan menuju ke Segamat.

"Sampai di tempat kejadian, MPV jenis Naza Ria dipercayai dipandu lelaki berusia 30-an tidak sempat mengelak lalu merempuh motosikal yang berada di tengah-tengah jalan raya," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata Zul Afiq Asyraf maut di tempat kejadian manakala Mohamad Azharin meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Yahaya berkata kedua-dua remaja terbabit juga didapati tidak memakai topi keledar ketika kejadian.

"Keadaan jalan juga lurus serta permukaan jalan kering namun keadaan tempat kejadian agak gelap," katanya. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain